Kuala Lumpur, 22 Maret 2025- Centerinvestigasi.id – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.25% bagi tahun kewangan 2024, menjadikannya yang tertinggi dalam tempoh tujuh tahun terakhir. Jumlah keseluruhan agihan keuntungan mencapai RM2.92 bilion, meningkat dibandingkan tahun sebelumnya yang berjumlah RM2.72 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menyatakan bahawa agihan keuntungan ini akan memberi manfaat kepada lebih dari 9.5 juta pendeposit TH di seluruh Malaysia.
“Kenaikan kadar agihan ini mencerminkan kestabilan kewangan serta keberkesanan pengurusan pelaburan TH, yang terus komited dalam menjaga kepentingan para pendeposit dan bakal jemaah haji,” ujarnya dalam satu kenyataan rasmi.
Sebagai perbandingan, bagi tahun kewangan 2023, TH mengagihkan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.1%, sama seperti kadar pada tahun sebelumnya.
TH menyatakan bahawa prestasi positif ini dicapai melalui strategi pelaburan yang berhati-hati, pemantauan risiko yang ketat, serta usaha berterusan dalam mengukuhkan aset dan pendapatan.
Pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan mereka melalui aplikasi THiJARI atau mengunjungi cawangan Tabung Haji yang terdekat.



















